May 17, 2022

Pulang bercuti dari Dubai terus turun bersih banjir, Faizal tak jalani kuarantln?

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu did4kwa mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) C0vid-19 kerana tidak menjalani kuarantln selepas bercuti selama 12 jam ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ketua Wanita Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Yuslaini Azmi pelik bagaimana pemimpin itu boleh turun padang membantu m4ngsa banjir di Banting, Selangor hari ini sedangkan masih dalam tempoh kuarantln wajib.

Katanya, tindakan Ahmad Faizal itu tentunya membah4yakan orang ramai terutama ketika varian 0mnicron semakin menul4r dalam negara.

Pulang bercuti dari Dubai terus turun bersih banjir, Faizal tak jalani kuarantin?
AHMAD FAIZAL AZUMU

“Beliau mengakui sudah merentas ke luar negara, namun mengapa hari ini turun padang bertemu m4ngsa banjir sedangkan pengembara wajib menjalani kuarantln walau apa jua keputusan ujian C0vid-19 mereka.

“Adakah Kementerian Kesihatan memejam mata dengan pelanggaran SOP yang jelas oleh Menteri Belia dan Sukan ini?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Faizal antara menteri Kabinet yang dikatakan bercuti ke luar negara ketika Malaysia dil4nda krlsis banjir.

Percutian ke Dubai itu difahamkan bagi bertemu anak-anaknya, sebelum memutuskan pulang semula ke Malaysia selepas berada selama 12 jam di sana kerana hatinya tidak tenter4m susulan kejadian banjir buruk yang mel4nda negara.

Yuslaini turut meminta penjelasan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung isu berkenaan sekali mengenakan tindakan teg4s kepada Ahmad Faizal.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya Ahmad Faizal benar-benar prihatin terhadap nasib m4ngsa-m4ngsa banjir, beliau sepatutnya memb4talkan sahaja hasrat bercuti ke luar negara.

“Bagi saya kenyataan berpatah balik dari Dubai itu amat lucu dan tidak masuk akal sedangkan beberapa hari sebelum itu beliau terlibat mel4ncarkan skuad banjir. Adakah beliau cuba menipu rakyat Malaysia dengan lakonan tersebut?” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd. Yunus dikrltik rakyat selepas berkongsi gambar berada di sebuah pergunungan Iran dalam akaun Facebook sedangkan pada waktu itu, kawasan di Hulu Langat dil4nda banjir.

sumber: inforakyat.net