May 18, 2022

Saintis Jepun Hasilkan Pelitup Muka Yang Bercahaya Apabila Terdedah Kepada C0VID-19

Walaupun sudah ramai yang menerima vakslnasi di seluruh dunia, masing-masing masih mempraktikkan langkah berjaga-jaga bagi memutuskan rangkaian w4bak C0VID-19 di tempat awam. Hal ini termasuklah dengan pemakaian pelitup muka dan membuat ujian kendiri untuk mengesan jangkltan apabila menyedari terdapat gej4la simpt0m pada diri.

Terbaharu, sebuah kumpulan saintis di Universiti Prefektur Kyoto yang diketuai oleh Presidennya Yasuhiro Tsukamoto telah membangunkan pelitup muka yang membolehkan pengguna menguji sama ada mereka telah dijangkiti vlrus tersebut dengan mudah dan kos efektif.

Sumber Gambar: Japan Times Co

Pada Februari 2020 yang lalu, pasukan ini telah menyuntlk vlrus C0VID-19 yang tidak aktif dan pasif ke dalam burung unta betina dan mengekstrak antib0di daripada telur yang mereka letakkan. Antib0di tersebut kemudiannya dicampurkan ke dalam pewarna pendarfluor.

Apabila pewarna tersebut disembur pada penapis pelitup muka khas yang dibangunkan, fabrik itu akan bersinar dengan warna hijau untuk menunjukkan kehadiran pendedahan vlrus C0VID-19. Pasukan ini juga telah menjalankan eksperlmen peringkat awal dengan jumlah peserta seramai 32 orang yang dijangkiti oleh C0VID-19.

Sumber Gambar: Hypebeast

Hasil dapatan menunjukkan kesemua topeng yang dipakai oleh mereka bersinar di bawah cahaya UV dan menjadi pudar dari semasa ke semasa apabila potensi vlrus berkurangan. Malah, Presiden Tsukamoto sendiri mendapati beliau positif C0VID-19 selepas memakai salah satu pelitup muka eksperimen dan dapat disahkan dengan ujian PCR.

Pasukan ini berhasrat untuk mengembangkan saiz sampel eksperlmen kepada 150 peserta dan menyasarkan untuk mendapatkan kelulusan kerajaan untuk menjual pelitup muka tersebut menjelang tahun depan. Bahkan, mereka juga mahu menjadikan ia sebagai kit ujian mudah yang boleh digunakan oleh orang ramai kelak.

sumber: thevocket