May 21, 2022

Sebuah vila mlsteri tiba-tiba muncul, gemparkan penduduk setempat

Sebuah vila mlsteri ditemui terdampar secara tiba-tiba di tepi pantai di Costa de Sol, El Salvador, menyebabkan ramai pengunjung berteka teki asal usul bangunan tersebut, lapor laman berita Oddity Central pada 15 Julai 2021 lalu.

Penduduk tempatan dan pe­lancong keliru berhubung pene­muan tersebut di Pantai La Puntilla baru-baru ini. Bagaima­napun, terdapat teori popular mengatakan bahawa vila itu hanyut dan terus ‘menghilang’ dalam benc4na tauf4n yang membadai El Salvador lebih 20 tahun lalu.

Sebuah vila misteri tiba-tiba muncul, gemparkan penduduk setempat

Akhbar tempatan, La Prensa Grafica melaporkan bahawa beberapa penduduk memberitahu, vila mlsteri yang tiba-tiba muncul itu merupakan sebuah hotel dikenali sebagai Hotel Puerto Ventura kira-kira 28 tahun lalu.

Hotel tersebut dibina hanya beberapa meter dari laut sekali gus menguatkan kemungkinan bahawa ia dihanyutkan oleh air laut.

“Mereka membinanya terlalu dekat dengan pantai. Mereka juga tidak membuat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa untuk membinanya (hotel) dan itulah akibatnya,” kata seorang penduduk tempatan.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan bagaimana hotel tersebut musn4h dalam kejadian Tauf4n Mitch yang telah memb4dai El Salvador pada tahun 1998 dan mengakibatkan lebih 9,000 kem4tian.

Kini, bangunan dua tingkat tersebut menjadi tarikan pelancong yang datang ke situ untuk bergambar. Ada antara pengunjung memanjat tingkat atas vila tersebut bagi mendapatkan gambar pemandangan yang lebih cantik.

Bagaimanapun, penduduk setempat, Coralia Sotelo berkata, beberapa kanak-kanak pernah melihat seorang lelaki kulit hitam yang sangat tinggi berkeliaran di sekitar vila tersebut pada waktu malam, menyebabkannya t4kut untuk menghampiri kawasan itu.

“Saya t4kut untuk pergi ke situ dan tidak pernah menghampirinya. Beberapa kanak-kanak yang pergi ke pantai itu untuk men4ngkap penyu pada waktu malam memberitahu mereka ada terlihat lelaki itu,” ujarnya.

sumber: inforakyat.net