May 21, 2022

Terowong SMART Catat Rekod Baharu Berjaya Lencongkan 5 Juta Meter Padu Air

Terowong SMART secara khususnya telah direka dengan dua fungsi utama iaitu sebagai sebuah terowong yang melencongkan air sekiranya berlaku banjir atau lebuhraya untuk mengurangkan keses4kan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew.

Menerusi laporan terbaharu, sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan terowong SMARTdengan mengaktifkan sistem banjir mod 4 selama 22 jam. Jika air sebegitu banyak tidak dapat dilencongkan, nescaya Kuala Lumpur sudah pasti tenggel4m pada ketika ini.

Sumber Gambar: SMART

Bagaimanapun, lima juta meter padu ini berjaya dilencongkan dari Sungai Klang, dan Sungai Ampang, ke Kolam Takungan Taman. Selain terowong SMART, sejumlah aset seperti rumah pam turut beroperasi pada kadar maksimum yang sekaligus membolehkan banjir besar dielakkan di bandar Kuala Lumpur walaupun hujan lebat secara berterusan.

Secara asasnya, terowong ini mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah laluan untuk air. Terowong ini juga merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara.

Dengan adanya terowong SMART ini, bandar Kuala Lumpur masih berada di dalam keadaan yang terkawal. Setakat hari ini, terowong SMART masih belum dibuka bagi kegunaan perjalanan. Anda boleh menyemak status terowong SMARTmenerusi laman rasmi SMART atau di media sosial Twitter dan Facebook bagi kemas kini status semasa.