May 17, 2022

Tiada Lagi Butang ‘Check Out’, MySejahtera Perkenalkan Fungsi MySJ Trace Bermula Hari Ini

Seperti ramai sedia maklum, aplikasi MySejahtera sering kali digunakan dalam mengimbas kod sebelum memasuki sesebuah premis. Pengimbasan kod ini secara tidak langsung memberi makluman kepada premis bahawa individu berkenaan sudah melengk4pkan suntlkan vaksln atau sebaliknya.

Terbaharu, menerusi perkongsian Twitter @KhairyKJ, beliau telah memaklumkan aplikasi MySejahtera telah menambah sebuah lagi fungsi iaitu MySejahtera Trace (MySJ Trace).

Menerusi fungsi terbaru ini, pengesanan k0ntak rapat kepada kes positif jangkltan C0VID-19 lebih mudah dikesan menggunakan teknologi bluetooth. Selain itu, fungsi yang dibangunkan ini memenuhi keperluan program cari, uji, jej4k, asing dan sokong (FFTIS) iaitu salah satu program pemantauan KKM bagi mencegah dan meng4wal penul4ran jangkltan C0VID-19.

Untuk pengetahuan, aplikasi MySJ Trace menggunakan anomymized Unique User ID (UUID) dan tidak mengumpul maklumat pengguna serta geo-lokasi. Data tersebut hanya boleh diakses oleh KKM dan disimpan dalam peranti pengguna untuk tempoh 14 hari.

Keseluruhan proses pengesanan k0ntak dan penyimpanan data juga adalah dijamin kesel4matan dan ker4hsiannya oleh pihak kerajaan. Menerusi pelancaran fungsi MySJ Trace ini juga, modul daftar keluar atau check-out akan diberhentikan dan dikeluarkan daripada aplikasi MySejahtera.

Bagi mendapatkan fungsi terbaru ini, orang ramai dinasihatkan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera ini sebagai usaha untuk membendung penularan w4bak C0VID-19. Para pengguna juga dinasihatkan untuk mengaktifkan fungsi bluetooth pada telefon pintar bagi mendapatkan maklumat mengenai k0ntrak rapat

sumber: thevocket