May 18, 2022

Utamakan M4ngsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan

Hujan lebat yang turun membasahi Lembah Klang sejak Jumaat lalu telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan dan ada kawasan yang terpvtus hubungan kerana jalan dinaiki air.

Antara kawasan yang teruk terkesan dalam banjir kilat ini adalah Taman Sri Muda, Shah Alam di mana kenderaan biasa tidak dapat menyusuri jalan di sini. Justeru itu, sukarelawan yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda ramai yang tampil menghulurkan bantuan di kawasan-kawasan ini.

Namun, perkongsian Nedim Nazri Aziz di Twitter menarik perhatian ramai apabila salah seorang sukarelawan yang datang membantu menggunakan jentera mewah Brabus G700 6×6 untuk menghantar bantuan kepada m4ngsa banjir.

Bless my brother DS Sunny, simpan rumah bagi kilat buat apa, nah dia ni bawa masuk kawasan banjir, l4nggar longkang & transfer stranded vlctim lagi,” tulis Nedim.

Rata-rata netizen kagum dengan pemilik kenderaan itu yang tidak kisah menggunakan jentera bernilai jutaan ringgit itu demi misi kemanusiaan. Rata-rata netizen turut memuji pemilik kenderaan tersebut dan berkata kenderaan itu sememangnya dicipta untuk menghadapi situasi ‘off-road’ sebegini.

Berdasarkan laporan paultan.org, Harga seunit Brabus G700 6×6 ini adalah RM3.2 juta (tidak termasuk cukai) dan adalah sangat rare untuk melihat kenderaan ini di jalanan.

Pemilik kenderaan tersebut adalah DSS Sunny, salah seorang collector kereta di Malaysia. Beliau sebelum ini sering terlibat dengan acara amal dan memberikan bantuan serta menderma bukan sesuatu yang asing baginya.

Terima kasih kepada DSS Sunny dan para sukarelawan yang lain yang sanggup berk0rban tenaga dan kenderaan dalam menyalurkan bantuan kepada m4ngsa banjir secepat mungkin. Jasa anda semua pasti akan dikenang.

sumber: thevocket