May 18, 2022

Watak g4y: Jakim sedia rujuk SKMM

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk merujuk kes pelakon yang melakonkan watak g4y kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan slasatan dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, ini kerana ia bertent4ngan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.

“Ia norma rakyat Malaysia yang tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan dengan g4y ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelakon lelaki yang melakonkan babak romantik bersama pelakon lain dalam sebuah siri drama yang sudah ditayangkan.

Katanya, jika perkara itu berlaku di mana-mana negeri, jabatan agama ngeri berkenaan akan diminta memanggil pelakon terbabit untuk mendapatkan kepastian.

“Jakim hanya penyelaras saja, tidak ada bidang kuasa untuk menghvkum kerana ia terletak kepada pihak berkvasa agama negeri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semua negeri berusaha untuk membolehkan jemaah menunaikan solat berjemaah secara normal.

Katanya, ia dibincangkan di dalam Majlis Kebangsaan Islam (MKI) bersama tokoh agama dan mufti sebelum ini.

“Tapi perkara itu kita bawa kerana bidang agama ini adalah bidang kuasa negeri-negeri. Sebab itu sesetengah negeri tak sama. Di Wilayah (Persekutuan) alhamdulillah, solat berdasarkan kapasiti masjid. Sesetengah negeri masih lagi dihadkan 300 orang, 500 orang, ada negeri 12 orang saja.

“Jadi benda-benda itu kita kena h0rmatlah, kita ada perlembagaan, tak boleh nak l4nggar bidang kuasa yang ada orang.

“Tapi apa boleh buat, orang hent4m menteri agama. Pagi, petang, siang, malam, subuh, sahur, dhuha orang hent4m saya. Tapi saya ‘steady’ lah. Saya sejuk di kepala, memb4ra di dada. Nabi pun orang hent4m teruk, kita ini manusia, mesti orang hent4m lagi,” katanya.

sumber: harianmetro