May 17, 2022

‘Zaman Skrg Org Tak Minat Wajah Mcm Saya’ – Luahan Rosyam, Dulu Muka Pcah Rumah Pun Boleh Jadi Hero

” Pada hari ini, wajah-wajah yang berbentuk Korea itu diminati dan fesyen sekarang tak sama macam waktu saya dahulu.”

Itu antara kata-kata pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berkenaan Kemunculan hero berwajah ‘jambu’ dan kurang ‘jantan’ dalam drama dan filem tempatan.

Menurut Rosyam, perkara itu adalah disebabkan peredaran trend semasa penonton yang terpeng4ruh dengan drama-drama dari Korea Selatan.

Rosyam turut berpendapat ketika ini penonton Malaysia sudah tidak berminat dengan pelakon berwajah sepertinya.

” Zaman dahulu, muka ‘pcah rumah’ macam saya boleh jadi hero dan sebab itulah nampak muka jantan.

” Zaman sekarang orang tak berminat dengan wajah macam saya kerana pemikiran mereka telah dijaj4h oleh pengaruh Korea,” katanya kepada mStar.

Rosyam diminta mengulas mengenai kenyataan pelakon Faizal Hussien yang mengakui industri seni tanah air kini kekurangan pelakon lelaki yang memiliki sifat kejantanan.

Menurut Faizal, zaman sekrang lebih ramai pelakon ‘adik-adik’ berbeza ketika zamannya.

Pelakon filem KL Gangster ini ditemui pada majlis pelancaran Program Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid di Dewan Tun Hussein Onn, Dagangan Dunia Putra (WTC) pada Selasa.

Kenapa letak syarat perlu 1 juta pengikut?

Sementara itu, mengulas isu rungutan segelintir pelakon yang menganggap stesen televisyen berlaku tidak adil apabila hanya mengambil hero yang mempunyai 1 juta pengikut Instagram, Rosyam berkata, ia syarat yang diletakkan oleh penyiar Over-The-Top (OTT).

Sebaliknya, kata Rosyam stesen TV tempatan masih mementingkan bakat daripada populariti pelakon tersebut.

” Ramai yang tersalah tafsir perkara itu termasuk penggiat seni, penerbit dan artis-artis yang menyalahkan stesen TV tempatan.

” Sebenarnya itu adalah permintaan daripada OTT platform seperti Netflix, WeTV, iQIYI kerana pemilik dia duduk di luar negara, mereka tak kenal pun artis Malaysia.

” Kalau staf yang berada di sini nak submit nama artis untuk kelulusan contohnya di China atau Amerika Syarikat, mereka nak tengoklah siapa artis ini… kalau betul artis itu popular paling tidak pun mesti ada satu juta pengikut.

” Akhirnya apabila perkara ini kecoh sehingga penggiat seni terus menyalahkan stesen TV tempatan tanpa usul periksa.

” Stesen TV tempatan sebenarnya membantu industri, saya sendiri ambil pelakon baru yang followers baru 200 pengikut untuk jadi hero.

” Saya harap selepas ini kita kaji dahulu apa isu sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rosyam dilantik menjadi duta produk untuk 50 usahawan industri kecil yang dipilih menerusi Program Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB.

” Daripada 500 usahawan, kita akan pilih 50 sahaja yang menepati syarat dan peraturan untuk menggunakan muka saya bagi mempromosikan produk mereka.

” Siapalah saya tanpa peminat-peminat semua yang telah memberi sokongan sehingga ke hari ini.

” Jadi inilah sumbangan saya kepada masyarakat terutama sekali usahawan yang terjejas akibat pndemik ,” jelasnya.

Fakta Menarik Rosyam Nor

1) Anak keempat daripada enam adik-beradik. Anak kepada pasangan Shamsuddin Mohd. Yusof dan Rubiah Kamarudin. Nama Rosyam diilhamkan hasil gabungan nama kedua ibu bapanya.

2)Adiknya, Azman juga merupakan pelakon. Selain itu, seniman Hussein Abu Hassan adalah bapa saudaranya, manakala pelakon terkenal, Faizal Hussein merupakan sepupu beliau.

3) Rosyam sewaktu usia kecil hanya tinggal di rumah setinggan bersama keluarga. Beliau mendapatkan pendapatan dengan menjual himpunan kotak yang dikutip.

4) Di usia 13 tahun, beliau menjadi pembantu kedai runcit, bagaimanapun masih tidak mengabaikan soal pendidikan.

5) Rosyam hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

6) Ketika berumur 18 tahun, beliau menjadi kakitangan am di Berjaya Film Productions. Antara tugas yang dijalankannya termasuk bekerja sebagai kru di belakang tabir termasuk mencuci tandas.

7) Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1986. Wajahnya mula dikenali ketika muncul dalam filem Gila-Gila Remaja di mana ketika itu sepupunya Faizal Hussein menjadi hero.

8) Antara filem popular lakonannya adalah Jimi Asmara, Maria Mariana II, Lenjan, Gerak Khas The Movie, KL Menjerit, Laila Isabella, Janji Diana, Gangster, Castello, KL Gangster 2, Mat Moto, KL Special Force dan Lee Chong Wei: Rise Of The Legend.

9) Kini bergelar usahawan berjaya apabila membuka pasaraya Rosyam Mart.

Sumber:mtar dan IG Rosyam Nor