Kuala Lumpur: Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali sebagai Abang Ali, meninggal dunia selepas terbabit kem4langan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh di sini, hari ini.
Difahamkan, kemalangan berlaku jam 12.15 tengah hari ketika Ali menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson.
Perkara itu disahkan Pengerusi PPSM Yusuf Azmi, di Facebook rasminya.
“Saya mohon doakan Abang Ali, saya kini dalam perjalanan ke Hospital Muar. Saya terasa sayap saya hilang.
“Beliau orang yang baik dan sentiasa ada dengan saya, jatuh dan bangun bersama, sentiasa duduk bersama dengan saya ketika susah, beliau duduk dengan saya ketika saya jatuh,” katanya.
Menurut Yusuf, dia dalam perjalanan ke Hospital Muar bagi menuntut dan memandikan jen4zah Ali.
sumber: hmetro
More Stories
Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran ‘Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
Seorang Datuk Didakwa Selepas Terbangkan Sebuah Helikopter Untuk Ambil Nasi Ganja Di Ipoh
Dibiar Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin Selama Sejam, Penumpang Luah Kekecewaan Terhadap Servis MAS