Awal Disember lalu, penyanyi Elyana memaklumkan berita gembira selepas 11 tahun berjuang melawan kanser limfoma akhirnya dia disahkan bebas daripada penyakit itu.
Baru-baru ini, perkongsian Elyana menjadi perhatian apabila mendedahkan identiti doktor perubatan Dr Mohd Haris Fadzillah Abdul Rahman yang merawatnya selama 10 tahun.
Menerusi entri tersebut, Elyana meluahkan rasa syukur kepada Allah apabila diberi peluang untuk kembali sihat seperti biasa.
“7 Disember 2021. Allah SWT mendatangkan pelangi yang dah lama hilang kepada saya. Keputusan scan saya sangat ajaib. Kanser hilang. lhamdulillah… Inilah doktor saya selama 10 tahun saya sakit, Dr Haris. Terima kasih doktor,” tulisnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada penigkutnya yang gembira apabila penyanyi isu sudah pun bebas daripada kanser serta kagum dengan Elyana yang tiadk kenal erti putus asa untuk kembali sihat.
Terdahulu, Elyana mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat pada tahun 2017 di pentas Gegar Vaganza.
Sumber:rotikaya
More Stories
Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma
Viral Video Hantar Isteri Pergi Sekolah, Ada Netizen Tak Setuju Kahwin Awal Sangat
Seniman Popular & Pelakon Veteran, Amran Tompel Meninggal Dunia