May 17, 2022

Did4kwa Menang Mustang Sebab ‘Kroni’, Pemuda Nafi Kemenangannya Diatur Penganjur

Pada awal tahun baharu ini, media sosial heboh dengan kisah seorang pemuda telah memenangi sebuah Ford Mustang dalam satu cabutan bertuah di pertandingan memancing yang bertempat Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah.

Namun ramai netizen mempertikaikan kemenangan tersebut dengan mend4kwa pemuda tersebut menang dengan menggunakan kr0ni/kabel untuk mendapatkan hadiah yang bernilai lebih RM200,000.

Namun, Muhammad Amerrul Hakimi Mohd. Suhaili yang baru berusia 24 tahun itu kekal tenang menangani d4kwaan tersebut dan telah mengeluarkan kenyataan bagaimana dia menang cabutan bertuah yang langsung tidak disangka-sangkakan itu.

Menurutnya, asalnya dia bersama tiga lagi ahli keluarga dari Johor dan Sungai Buloh dengan menaiki bas pergi ke Kolam Pancing Bukit Merah Laketown bersempena hari jadi bapanya yang kebetulan sama pada tarikh pertandingan memancing itu berlangsung.

Pada pukul 7 pagi lagi, keempat-empat ahli keluarga itu telah mengisi kupon yang diberikan dan memasukkannya ke dalam bekas cabutan bertuah tanpa meletakkan sebarang harapan yang tinggi.

Prinsip Amerrul mudah sahaja, andai kata menang, dia akan berikan kereta Ford Mustang itu kepada bapanya sebagai hadiah bersempena hari jadinya pada 28 Disember yang lalu.

“Kepada yang kata saya ada kr0ni, pakai kabel, orang dalam la apa semua itu, boleh tengok semula kat page JORAN BUKIT MERAH LAKETOWN.

“Dekat situ ada buat live dan tunjuk macam mana telusnya cara mereka buat cabutan bersaksikan orang ramai di sekeliling,” terang Amerrul.

Tambahnya lagi, kereta itu telah pun diserahkan kepada bapanya, sama ada bapanya mahu pakai sendiri atau pun jual, Amerrul berlapang dada kerana kereta itu merupakan satu hadiah dan bapanya bebas untuk berbuat apa sahaja kepada Ford Mustang itu.

“Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada Umi, ayah, adik-beradik dan semua yang mengenali saya sama ada secara langsung atau tidak kerana telah menyokong minat saya selama ni.

“Kepada yang memfltnah saya, saya mohon maaf dan saya juga maafkan kalian,” ujar Amerrul.

Ada betulnya pepatah zaman dahulu kala — ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?’. Jika sudah ditakdirkan untuk menang, sudah pasti kemenangan itu tetap milik Amerrul.

sumber: thevocket