May 21, 2022

Harga Khinzir Melonjak Naik, Warga Thailand Pilih Daging Buaya Sebagai Alternatif

Umum mengetahui yang daging buaya merupakan antara hidangan eksotik popular di seluruh dunia. Begitupun di Thailand, permintaan terhadap daging haiwan tersebut melonjak selepas harga khinzir naik mendadak.

Media Thailand melaporkan sekitar 20,000 ekor buaya disembelih dan diambil dagingnya, menjadikan jumlah sembelihan sebanyak dua kali ganda sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ada segelintir pengguna di negara Gajah Putih itu berpendapat bahawa penurunan permintaan terhadap daging khinzir di Thailand adalah disebabkan penularan w4bak membvnuh yang secara tidak langsung mengurangkan populasi haiwan tersebut di sana.

Disebabkan hal itu, para penternak bersyukur kerana warga Thailand mula mempertimbangkan daging buaya sebagai alternatif.

Menerusi wawancara yang dilakukan oleh Bangkok Post baru-baru ini, penternak buaya, Wichai Rungtaweechai memberitahu yang seekor buaya boleh menghasilkan sekitar 12 kilogram daging.

“Berhubung harga daging khinzir mahal, pengguna tempatan beralih ke daging buaya yang lebih murah dan enak. Dagingnya juga rendah lemak dan tinggi protein,” tutur Wichai.

Satu kilogram daging buaya berharga sekitar 105 Baht (RM13.36), dengan harga pemborong 70 Baht (RM8.90). Sementara itu, harga daging khinzir di Thailand buat masa ini mencapai 200 Baht (RM25.45) untuk satu kilogram.

Terdahulu, pihak berkuasa Thailand telah mengesan kes selesema babi Afrika (ASF) yang akan merugikan peternak khinzir lalu menyebabkan harga dagingnya makin meningkat.

Untuk rekod, vlrus ini menjangkiti khinzir ternakan dan juga babi hutan. Walaupun tidak berb4haya kepada manusia, w4bak ini boleh membawa m4ut kepada haiwan yang dijangkiti. Vlrus ini kuat dan boleh hidup di banyak permukaan, malah pada daging yang telah diproses.

W4bak ini juga telah dikesan di beberapa negara di dunia, sehingga menyebabkan kem4tian 6.7 juta ekor babi sejak 2018. Negara-negara seperti China, Kamboja, Vietnam dan Laos paling terkesan dengan w4bak ini.

Selama ini, Thailand sentiasa menafikan d4kwaan selesema babi bagi mengelak kemud4ratan kepada industri penjualan daging haiwan berkenaan. Kerajaan Thailand sebaliknya menyalahkan satu lagi penyakit vlrus yang mengakibatkan kem4tian beribu-ribu ekor khinzir.

Bagaimanapun, sebaik sahaja kes African Swine Fever (ASF) disahkan di Thailand, timbul spekulasi bahawa w4bak itu telah lama merebak dan menjadi punca harga terus melonjak.

Pada 15 Januari, timbalan menteri pertanian Thailand, Prapat Pothasuthon akhirnya mengakui kem4tian ASF boleh menjadi pencetus kepada kenaikan harga, tetapi kemudian mengesyaki monopoli semasa musim cuti sepanjang November hingga Disember tahun lalu.

Sumber: Vice ID