Penderma akan dibayar £35 (RM198.62) bagi setiap kunjungan ke pusat perubatan itu. Foto: Getty.
SEBUAH hospital di Birmingham menggesa mana-mana lelaki tampil menjadi penderma sperma.
Menurut wakil Hospital Wanita Birmingham, stok dalam bank sperma mereka berkurangan sejak dua tahun lalu selepas dunia dilanda pandemlk Covid-19.
Selepas sekian lama, sekatan tersebut sudah dibuka baru-baru ini, sekaligus membuka ruang untuk mana-mana lelaki tampil menderma sperma mereka.
“Kami tak terima penderma sperma ketika pandemik kerana risau akan risik0 jangkitan Covid-19. Ada beberapa individu yang nak menderma, tapi ia baru sahaja dibuka semula.
“Kini kami menggesa sesiapa yang berminat untuk hadir bagi mengisi kekosongan stok kami. Kami perlu mencari lebih ramai penderma,” ujar Dr Jackson Kirkman-Brown.
Tambah pihak pihak hospital, lelaki kulit hitam dan lelaki Asia menjadi keutamaan dan digalakkan tampil segera untuk menderma.
Sebagai ganjaran, lelaki-lelaki tersebut akan dibayar £35 (RM198.62) bagi setiap kunjungan untuk menderma sperma mereka ke pusat perubatan itu.
sumber- Daily Star.
More Stories
Lihat Bagaimana PM Australia Dimaki Oleh Rakyatnya Akibat Kenaikan Kos Sara Hidup
Kenderaan Nombor Plat Malaysia Cuba Lolos Pemeriksaan, Pemandu Positif D4dah Ditahan Imigresen Singapura
Guru Agama R0gol 13 Pelajar: Hukuman Penj4ra Seumur Hidup Ditukar Hukuman M4ti