May 24, 2022

“Keluar, Kereta Pun Aku Bayar” -Suami Kantoi Dengan Pelakor, Isteri Panjat Naik

Kehadiran orang ketiga dalam sebuah perkahwinan sudah tentu cukup menakutkan dan paling tidak diingini bagi setiap pasangan. Walau bagaimanapun, kata orang bertepuk sebelah tangan pasti tak akan berbunyi. Sehinggalah ramai yang perlu berdepan dengan hakikat kervntuhan rumah tangga disebabkan individu tersebut.

Viral isteri vs pelakor…Lidya versi nyata

Sejak beberapa hari lalu, tular beberapa rakaman seorang wanita berbaju putih sedang duduk di atas bahagian bonet hadapan kereta. Rupa-rupanya, individu yang berada di dalam kenderaan itu adalah suaminya sendiri dan juga pelakor.

Khabarnya si pelakor tu terang-terangan tayang hubungan dekat media sosial

Gara-gara terlampau m4rah apabila melihat sendiri persenglikuhan lelaki berkenaan, si isteri nekad melompat naik ke atas kereta itu sewaktu ia berjalan perlahan di tengah jalan raya. Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menepuk-nepuk cermin hadapan kenderaan tersebut sambil memanggil suaminya untuk keluar. Berdasarkan uniform dipakai, perempuan tersebut bertugas sebagai seorang bidan di pusat perubatan berdekatan.

Keluar kau, kau bawa keluar juga pelakor itu. Ini kereta, ada duit aku juga buat beli.

Dengar kata, ada orang awam yang tolong kempiskan tayar kereta tu…Senang hati tengok orang lain pakat bantu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama ger4m melihat kejadian tersebut. Dalam pada itu, ramai juga memuji tindakan orang ramai yang turut membantu wanita tersebut menahan kereta dinaiki si suami.

"Keluar, Kereta Pun Aku Bayar" -Suami Kantoi Dengan Pelakor, Isteri Panjat Naik 2

"Keluar, Kereta Pun Aku Bayar" -Suami Kantoi Dengan Pelakor, Isteri Panjat Naik 3

"Keluar, Kereta Pun Aku Bayar" -Suami Kantoi Dengan Pelakor, Isteri Panjat Naik 4

Kredit: TikTok Tribun Medan, prnsella & Portal Gosumut & Tribunnews