May 24, 2022

Lihat Rakaman Terakhir Wartawan Palestin Sebelum M4ti Dibvnuh Oleh T3ntera Israel

Khaled Hamad, seorang jurukamera warga Palestin, terbvnuh di kejiranan Gaza di Shijaiyah pada Julai 2014. Pada tahun tersebut, lebih 60 rakyat Palestin dan 13 askar Israel terbvnuh dalam pert3mpuran antara t3ntera Israel dan Hamas di Shijaiyah.

Baru-baru ini pula, tular rakaman video yang menyaksikan kem4tian Hamad bersama-sama dengan seorang petugas kesihatan. Video yang tular itu telah dikeluarkan untuk tontonan umum oleh agensi media Al Jazeera. Ia juga telah ditonton lebih 400,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi warga Twitter.

Menurut laporan Committee To Protect Journalists (CPJ), semasa hari kejadian, Hamad sedang bekerja untuk sebuah dokumentari yang bakal diterbitkan oleh Continue Production Films (CPF). Dokumentari itu akan memfokuskan mengenai bahaya yang dihadapi pasukan m3dik Palestin sewaktu bekerja di tengah-tengah zon per4ng.

CPF melaporkan bahawa pada hari kejadian, Hamad ditugaskan untuk merakam cabaran yang dilalui oleh pasukan ambulans di Shijaiyah. Semasa beliau sedang merakam, kelihatan suasana ng3ri kawasan sekeliling yang berkabus dan kabur dari pandangan mata. Semua ini adalah kesan daripada b3dilan pelvru berpandu. Semasa merakam, salah satu kenderaan yang dibawa pasukan m3dik Palestin terkena pelvru yang dilepaskan oleh t3ntera Israel. Akibat daripada itu, Hamad dan Fouad Jaber, seorang doktor, terbvnuh dalam ser4ngan tersebut.

Laporan berita pada hari kejadian menyatakan bahawa keg4nasan yang berlaku di Shijaiyah begitu tr4gis dan jumlah k0rban menjadi begitu tinggi sehingga pasukan menyel4mat tidak dapat mengangkut mereka yang terc3dera. Gambar di media sosial pula menunjukkan Hamad terbaring kaku di katil hospital. Di badannya terlihat cantik sepasang jaket yang jelas bertanda ‘Press’ dan kameranya diletakkan di badannya.

Kem4tian Hamad mungkin masyur di seluruh dunia disebabkan rakaman terakhir yang berjaya dirakam olehnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Namun sejak k0nflik berlaku di Gaza, pelbagai sorotan cerita kem4tian wartawan sudah berkumandang di dada akhbar. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh CPJ, 18 wartawan sudah menemui 4jal semasa bekerja di zon per4ng dan alasan yang dikeluarkan Israel masih tetap sama iaitu, “Kami tidak meny4sarkan wartawan, tetapi wartawan meletakan diri mereka dalam kawasan berlsiko.”

Pembunvhan wartawan dan petugas media adalah antara jen4yah antarabangsa yang dilakukan oleh kedua-dua puak Israel dan Palestin. Majlis Hak Asasi Manusia PBB sebelum ini juga telah menubuhkan satu suruhanjaya slasatan antarabangsa bagi menjawab persoalan sama ada jen4yah per4ng berlaku di Gaza oleh kedua-dua pihak.

sumber: thevocket