May 18, 2022

Nora Danish Lebih Rela Pencvri Masuk Rumah Dari Nampak H4ntu

Bukan mudah bergelar seorang pelakon apatah lagi mereka perlu melakukan perkara mencabar untuk menjayakan sesebuah watak.

Pelakon Nora Danish berkongsikan dia memberanikan dirinya bermain dengan ul4r bagi menjayakan watak Syuhada dalam telefilem terbaharu,

Survival 486. Mengakui t4kut dengan reptilia itu, bagaimanapun Nora berkata dia membuang perasaan gentar demi memberikan hasil terbaik.

“Saya seorang yang pen4kut sebenarnya. Demi menghidupkan watak Syuhada dan memperhebatkan jalan cerita, saya sanggup buang rasa ketakutan dan berlakon dengan haiwan berbisa sebegitu

“Saya memang t4kut dengan ular sebab dia boleh membvnuh tetapi inilah manisnya menjadi seorang pelakon, melakukan sesuatu di luar jangkaan,” katanya.

Kata Nora lagi, meskipun t4kut dengan ul4r namun dia lagi sanggup memegang haiwan itu berbanding terserempak dengan entiti mistik atau h4ntu. Malah, dia lebih sanggup rumahnya dimasuki pencvri daripada ternampak h4ntu.

‘Saya lebih t4kutkan h4ntu daripada ul4r. Pernah satu ketika sebelum berkahwin, saya biarkan pintu rumah terbuka luas walaupun tinggal berseorangan.

“Bila keluarga saya pulang dan bertanya mengapa saya biarkan pintu semuanya terbuka, saya beritahu jika ada hantu saya boleh terus berlari. Lebih rela pencvri masuk atau pegang ul4r daripada ternampak h4ntu,” katanya.

Terdahulu,Gara-gara memuat naik sedutan babak lakonan sebuah projek drama memaparkan majlis perkahwinan kaum India, pelakon Nora Danish ditvduh sylrik dan diminta segera bertaubat.

Menerusi video yang dikongsi dalam Instagram, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hani, 39, dilihat menyertai majlis perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin mengelilingi ‘api suci’.

Tampil jelita menggayakan pakaian tradisional masyarakat India iaitu legha, bagaimanapun, tidak semua dalam kalangan netlzen bersetuju dengan tindakannya itu walaupun sekadar lakonan.

Video dimuat naik yang berlatarbelakangkan patung-patung di kuil juga menyebabkan netizen melemparkan kata-kata kurang enak.

“Janganlah engkau mempersekutukan Allah baik sengaja ataupun tidak kerana itu jalan menuju kemusyrikan yang nyata,” pesan seorang netizen dalam ruangan komen Instagram perkongsian video yang dimuat naik Nora.

Seorang netlzen lain meninggalkan komen: “Demi duit, demi populariti sanggup apa sahaja. Tengoklah artis Hollywood sanggup buka baju, sanggup bersetubuh untuk dirakam tayang seluruh dunia demi berlakon filem.”

Biarpun ramai ringan mulut menyifatkan tindakannya sebagai sylrik, ada dalam peminat memuji semangat muhibah pelakon yang cukup dikenali menerusi sitkom Puteri itu.

“Meriahnya. Hidup pelbagai kaum, saling menghormati agama serta adat resam masing-masing. Marilah berkasih sayang sesama manusia,” tulis seorang peminat.

Nora ketika dihubungi Kosmo Online menerusi pesanan WhatsApp sebentar tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut situasi tersebut kerana bimbang hanya akan mengeruhkan keadaan.

“Lah, saya tak baca pula komen. Kena juga ke? Saya malas komen sebab nanti jadi lebih bvruk,” balas ibu kepada dua orang cahaya mata itu ringkas.

Sumber K.ONLINE

 

Sumber:kosmo