Sejak tahun 2019, wab4k pandemlk C0VID-19 telah melanda seluruh dunia dan kini boleh dikatakan semua individu telah mendapatkan vaksin serta dos penggalak selepas munculnya varian baru.
Terbaharu, kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican serta beberapa institusi lain mendapati suntlkan dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang rendah mel4wan 0micron berbanding varian lain.
Malah, suntlkan dua dos Sinovac diikuti suntlkan dos penggalak Pfizer-BioNTech hanya menghasilkan antibodi serupa dengan dua dos vaksin jenis Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA. Salah seorang daripada penyelidik, Akiko Iwasaki mengatakan bahawa penerima vaksin CoronaVac mungkin memerlukan dua lagi suntlkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan mel4wan Omicron.
Data kajian tersebut didapati menerusi analisis yang dilakukan ke atas sampel daripada 101 peserta di Republik Dominican dimana dua dos vaksin Sinovac itu tidak menunjukkan sebarang peneutralan yang dapat dikesan terhadap Omicron.
Bukan itu sahaja, kajian dari Hong Kong minggu lalu menunjukkan tiga dos vaksin Sinovac tidak menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk mel4wan 0micron dan memerlukan dos penggalak Pfizer-BioNTech bagi mencapai tahap perlindvngan diperlukan.
sumber: thevocket
More Stories
Lihat Bagaimana PM Australia Dimaki Oleh Rakyatnya Akibat Kenaikan Kos Sara Hidup
Kenderaan Nombor Plat Malaysia Cuba Lolos Pemeriksaan, Pemandu Positif D4dah Ditahan Imigresen Singapura
Guru Agama R0gol 13 Pelajar: Hukuman Penj4ra Seumur Hidup Ditukar Hukuman M4ti