Pemuda Perancis keliling dunia dengan motosikal, sampai Malaysia brek kena rembat. Kebanyakan orang mesti ada impian untuk menjelajah dunia
Ibarat pepatah ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’, apabila kita mengembara ke tempat-tempat yang asing daripada kebiasaan, pasti banyak perkara yang boleh dipelajari. Lebih-lebih daripada aspek kepelbagaian budaya, agama, dan bahasa, sesuatu kawasan itu.
Namun begitu, dalam melakukan pengembaraan ini, pasti akan terdapat beberapa ujian yang tidak disangka tetapi terpaksa dilalui juga, seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini.
Baru-baru ini tular di laman sosial apabila penjelajahan seorang lelaki Perancis mengelilingi Asia Tenggara terpaksa ditangguhkan apabila brek motosikalnya dicurl di Pulau Pinang
Perjalanan Sylvain Ratichon Ract yang pada ketika ini sedang melakukan ekpedisi kembara solo terbantut seketika disebabkan angkup atau kaliper brek motosikalnya dicurl setibanya dia di Butterworth, Pulau Pinang.
Menyedihkan lagi apabila komponen motosikal yang dicurl itu tidak boleh ditemui di sekitar Malaysia menyebabkan Sylvain terpaksa membelinya dari luar negara dengan harga yang sangat mahal.
Paparan skrin luahan Sylvain di laman Facebook telah tersebar dalam laman-laman sosial lain.
Sebelum kejadian ini, Sylvain telah merentasi Asia Tenggara dengan bermotosikal dan telah berkunjung ke beberapa tempat di Thailand termasuklah Taman Negara Khao Yai, Rayong, Pattaya dan Bangkok.
Sylvain juga berkongsi penjelajahannya menerusi laman Facebook 1 Moto 1 Planete .
Menerusi perkongsian di laman Twitter @My_CrimeWatch , rata-rata netizen meluahkan rasa dukacita mereka terhadap insiden ini.
Haih, memalukanlah kejadian macam ini jadi di Malaysia.
sumber:infopertiwi
More Stories
Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran ‘Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
Seorang Datuk Didakwa Selepas Terbangkan Sebuah Helikopter Untuk Ambil Nasi Ganja Di Ipoh
Dibiar Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin Selama Sejam, Penumpang Luah Kekecewaan Terhadap Servis MAS