May 17, 2022

Pengambilan Vaksin Setahun Sekali Lebih Baik Berbanding Suntikan ‘Booster’, Kata CEO Pfizer

Seperti ramai sedia maklum, sejak mulai w4bak COVID-19 tersebar ke seluruh dunia, w4bak ini jelas mer4gut ny4wa orang ramai. Hal ini sekaligus turut mendesak pihak saintis dalam menghasilkan vaksin bagi menghalang penularan w4bak merb4haya ini.

Dalam pada itu, mutasi COVID-19 sekaligus membuatkan w4bak ini terus menular dengan varian yang lebih mudah tersebar dan bahaya. Sehubungan dengan itu, pihak Pfizer sebelum ini memaklumkan pihak mereka sedia menghasilkan vaksin khas dalam menghalang penularan varian Omicron.

Sumber: CNBC

Terbaharu, CEO Pfizer menerusi ucapan di Jurusalem mencadangkan agar suntikan vaksin COVID-19 dijalankan secara tahunan dalam menempuh pandemlk yang melanda.

Beliau memaklumkan pengambilan vaksin secara tahunan adalah lebih baik berbanding suntikan booster yang perlu diambil setiap secara berkala dan dalam tempoh yang singkat.

“Pengambilan booster dalam tempoh empat hingga bulan bukanlah situasi yang baik. Saya mengharapkan sekiranya kita hanya perlu mengambil vaksin setahun sekali sekaligus memudahkan orang ramai.

Pihak kami sedang membangunkan vaksin yang mampu mel4wan varian Omicron dan juga beberapa varian sebelum ini secara serentak.”ulas CEO Pfizer.

Sumber: Pfizer

Dilaporkan, vaksin Pfizer yang mampu memberi perlindungan kepada varian Omicron dijangka bakal ditawarkan kepada dunia seawal bulan Mac ini. Perlindungan sehingga 90% terhadap varian Omicron antara did4kwa.

Sehingga kini, sejumlah besar negara-negara di Eropah dan juga Amerika Syarikat dilihat telah mengalami peningkatan kes COVID-19 berikutan penularan w4bak Omicron yang pantas. Penurunan kadar imuniti badan terhadap w4bak COVID-19 antara sebab yang dikatakan menjadi punca orang dijangkiti COVID-19.

sumber: thevocket