May 24, 2022

Penipuan berbilion RM setiap tahun, industri insuran kereta perlu dikaji kembali

Penipuan berbilion RM setiap tahun, industri insuran kereta perlu dikaji kembali.Industri Insuran Kenderaan Malaysia Perlu Dirombak, Penlpuan Berbilion RM Setiap Tahun
JIKA anda pernah terlibat dalam kem4langan, anda pasti kenal akan trauma dan kepayahan yang perlu diharungi. Sejurus selepas anda terlibat dalam kem4langan jalan raya, pasti ramai pengusaha ‘tow truck’ berpusu-pusu menghampiri anda dan berebut ‘menawarkan’ servis mereka.

Kemudian, jika anda tidak dapat menyelesaikan isu kem4langan itu tanpa campur tangan p0lis, mulalah proses yang panjang lebar dan memenatkan. Hendak membuat laporan p0lis saja sudah cukup leceh. Tak cukup dengan itu, anda akan dihampiri oleh orang tengah tidak diundang yang kononnya boleh ‘settle’kan kes anda.

G4ngguan dan desakan dari pengusaha ‘tow truck’ itu perkara biasa hampir setiap kali berlaku kem4langan.
Selalunya, setelah kerja-kerja pembaikan kereta selesai, tuntutan insuran akan jadi satu proses yang leceh dan sukar bagi si pemilik kereta. Ejen-ejen dan orang tengah akan berkata-kata manis dan berjanji macam-macam pada mulanya, tapi bila tiba masanya untuk membuat tuntutan atau ada isu, mereka tiba-tiba hilang.

Pada masa yang sama, kita sebagai pelanggan bersusah-payah membayar premium insuran kereta tiap-tiap tahun. Dalam banyak kes, insuran tidak dapat membantu ketika kita paling memerlukannya. Rasa terumbang-ambing apabila kita sampai berfikir 10 kali untuk samada hendak melalui proses tuntutan insuran atau tidak.

Mal4ngnya, mengapa kita sampai begini sekali? Adakah kita sebagai pelanggan diberi ruang untuk menyuarakan kepayahan yang dihadapi? Siapa yang membela hak kita? Siapa yang melindungi rakyat marhaen seperti kita yang tersekat tanpa jalan keluar?

Kisah penlpuan insuran persendirian memang banyak, boleh buat novel

Penipuan berbilion RM setiap tahun, industri insuran kereta perlu dikaji kembali

Bagi mereka yang rasa skeptikal dan ragu-ragu tentang kisah-kisah trauma sebegini, kami ingin kongsikan pengalaman rakan penulis kami di WapCar, Jason dan pengalaman saya sendiri. Pada tahun 2014, kereta Proton Inspira milik Jason dilanggar dari belakang oleh pemandu berlesen P di Jalan Klang Lama. Ker0sakan yang dihadapi agak teruk. Jason bernasib baik apabila rakan-rakannya segera tiba ke lokasi kejadian sebelum sempat dis3rbu orang ‘tow truck’.

Namun, dia tidak begitu bernasib baik ketika hendak membuat laporan p0lis. Ada seorang lelaki (nama samaran diberi Encik K) yang ketika itu, katanya bertujuan untuk membantu ‘pelanggannya’ di balai polis yang sama, terlihat kereta Jason di balai dan mula memberinya ‘nasihat. Ketika itu, rakannya sudah pulang ke rumah kerana dia beranggapan laporan p0lis boleh dibuat tanpa sebarang masalah atau g4ngguan.

Jason yang ketika itu cukup runsing dan penat (waktu sudah hampir tengah malam) dan hanya mahukan jalan penyelesaian, terper4ngkap dengan janji En. K untuk membaiki keretanya di salah sebuah ‘bengkel panel’ En. K.

Kondisi sempurna sebegini tercapai hanya apabila Jason membayar sendiri kerja-kerja pembaikan yang sepatutnya dibuat dengan betul oleh ‘bengkel panel’ tersebut.
Apabila dia pergi melawat keretanya di bengkel yang dikatakan tadi, rupanya ia hanyalah bengkel ‘bawah pokok’ di tepi sungai di Kayu Ara. Bengkel tersebut usang, kotor, dan tak nampak seperti bengkel yang boleh dipercayai. Keretanya dibiarkan di kawasan lapang yang terbuka, berlumpur dan tanpa penjaga.

Tiba masanya kereta boleh diambil semula, dia terus memeriksa bampar belakang ‘baru’ yang dijanjikan dan juga kemasan catnya. Hasilnya tidak memuaskan. En. K meyakinkannya yang lapisan cat tersebut perlukan masa untuk ‘settle’. Dia masuk ke dalam kereta dan masuk gear undur, penderia undur kereta pula berbeza bunyinya dari yang asal. Dia sedar yang alat ganti digunakan tidak menepati standard dan dia menggesa bengkel tersebut untuk memasang alat ganti asli.

Setelah selesai semuanya dan penderia belakang pun diganti dengan yang asli, masalah ketiga pula timbul dalam masa kurang setahun. Cat bampar belakang mula merekah dan menjadi kekuningan (warna kereta Solid White).

Setelah kereta dibaiki selepas kem4langan, rupa-rupanya ‘crash bar’ belakang tidak diganti.
Pemeriksaan lanjut dibuat di bengkel seorang kenalan Jason. Apabila bampar belakang dibuka, bampar tersebut rupanya bukan bampar baru dan ada kesan tampalan merata-rata. Lebih mengejutkan, ‘crash bar’ belakang hilang. Ia sepatutnya ada, tapi hakikatnya dia dapat bampar kosong saja.

‘Crash bar’ penting untuk melindungi kereta dan penumpang jika berlakunya perl4nggaran dari belakang.

Jangan tertlpu dengan geng ‘tow truck’!

Penipuan berbilion RM setiap tahun, industri insuran kereta perlu dikaji kembaliPengalaman penulis sendiri pula jadi pengajaran tentang kepentingan MENGELAK orang ‘tow truck’ yang meny4rbu kereta anda apabila berlaku kemal4ngan atau ker0sakan. Kereta lama saya, Perodua Kenari, pernah terkandas di Lebuhraya PLUS – dalam 3 km sebelum susur keluar Plaza Tol Senawang. Saya hubungi PLUS untuk bantuan, dan saya diminta untuk menunggu PLUSRonda tiba. Saya menolak kereta ke laluan kecem4san, jam menunjukkan pukul 11.30 malam.

Kes kereta buat hal kali kedua pada hari berbeza.
15 minit kemudian saya dihampiri sekumpulan lelaki – mereka datang dengan sebuah Proton Iswara dan sebuah ‘tow truck’. Salah seorang daripada mereka datang dan menawarkan khidmat ‘towing’ ke Plaza Tol Senawang (yang saya tahu, PLUSRonda akan bantu bawa kereta rosak ke plaza tol atau R&R terdekat).

Sekali pandang, sememangnya kehadiran mereka agak meragukan. Tapi yang mengejutkan, lelaki tersebut memakai jaket biru PLUS! Jaket nampak lusuh, tapi katanya mereka wakil/’runner’ PLUS yang membantu pihak konsesi lebuh raya dalam kes sebegini.

Jam sudah lewat 12 malam, saya pula wanita yang bersendirian dikepung oleh sekumpulan lelaki yang mend4kwa mereka boleh membawa kereta saya ke Plaza Tol Senawang. Saya akur, kerana plaza tol tersebut hanya kurang 3 km di hadapan. Saya anggap, sebaik tiba di plaza tol, saya akan minta bantuan di sana.

Ia pastinya satu keputusan paling kurang bijak yang pernah saya ambil. Berseorangan tanpa pengalaman dibantu oleh PLUSRonda sebelum kejadian berlaku, dan disebabkan mereka memakai jaket berlencana jahit PLUS, saya terlalu optimistik yang mereka akan menurunkan saya di plaza tol.

Bagi yang tak kenal, ini pasukan PLUSRonda sebenar.

Penipuan berbilion RM setiap tahun, industri insuran kereta perlu dikaji kembaliDah sampai ‘part’ ser4m. ‘Tow truck’ yang saya tumpangi bersama Kenari saya tidak berhenti di Plaza Tol Senawang, sebaliknya dibawa terus ke sebuah bengkel terpinggir di kawasan komersial tanpa banyak kedai berhampiran Tesco Extra Seremban.

Dalam perjalanan, saya terpaksa curl-curl hubungi ibu saya di Melaka untuk bantuan. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan pada rakan saya di Seremban, Adderly, yang sanggup datang membantu pada jam 1 pagi. Saya terpaksa meminta khidmat ‘tow truck’ kenalan saya di Melaka untuk datang dan membawa kereta saya pulang ke rumah. Sebelum ‘tow truck’ tersebut tiba, kereta saya hampir-hampir dileraikan oleh pekerja bengkel tersebut. Semuanya selesai pada jam 3.30 pagi.

Kenapa banyak penlpuan? Jawapannya, pulangannya lumayan

Bengkel dan ‘tow truck’ sebegini boleh dapat komisyen sehingga 20% bagi setiap kerja pembaikan.

Penipuan berbilion RM setiap tahun, industri insuran kereta perlu dikaji kembaliWapCar.my mendapatkan pandangan profesional dari Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad tentang sebab mengapa industri ini bergelumang dengan penlpuan dan ketidakjujuran ramai pihak. Jawapannya cukup mudah – pulangannya lumayan.

Banyak bengkel, dalam usaha untuk memberi keuntungan kepada ‘tow truck’ pem4ngsa supaya lebih banyak kereta masuk ke bengkel mereka, dianggarkan menawarkan komisyen sehingga 30 peratus daripada jumlah pembaikan yang diluluskan, bagi setiap kes. Jika jumlah yang diluluskan untuk pembaikan adalah RM 10,000, mereka dengan mudah dapat RM 3,000 hanya untuk satu ‘job’. Tak hairanlah jika geng ‘tow truck’ atau ‘callmen’ ini berebut sehingga sanggup menlpu dan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Masalahnya, disebabkan oleh komisyen tinggi, bengkel-bengkel cenderung untuk mengambil jalan pintas dalam proses pembaikan supaya mereka boleh buat untung. Oleh itu, ‘penjimatan kos’ dilontarkan pula ke pemilik kenderaan yang tak tahu menahu tentang kualiti dan jalan kerja pembaikan kereta mereka ketika proses pembaikan berlangsung.

Bagi memberikan gambaran tentang betapa besarnya skala masalah ini di Malaysia, Sean memberitahu kami bahawa setiap tahun, penlpuan insuran sudah menjadi slndiket penlpuan berbilion ringgit nilainya disebabkan oleh k0rupsi dan penyel3wengan yang sudah membiak bertahun lamanya.

Melihat keadaan industri ini yang amat menyedihkan dan sudah jauh terperosok dalam sistem yang gagal melindungi pihak berkepentingan, Allianz mengambil keputusan untuk menyemai perubahan – bermula dengan pengenalan program Allianz Road Rangers (ARR). Ia merupakan bantuan tepi-jalan percuma, dan servis kem4langan yang ditawarkan kepada pemegang polisi Allianz General Motor Comprehensive sejak 2017.

Kesimpulan
Walaupun usaha untuk memer4ngi penlpuan insuran di Malaysia cukup mencabar perjalanannya, organisasi seperti Allianz ingin melindungi hak pelanggan sejak dari mula kemal4ngan berlaku sehingga ke akhirnya. Bak kata Sean, “Kami tak boleh lupa yang kami menjalankan perniagaan untuk melindungi pelanggan-pelanggan kami. Inilah tunjang utama dalam perniagaan kami.”

Proses tuntutan insuran untuk membaiki kereta anda selepas kemalangan sepatutnya lebih ringkas, namun hakikatnya ia diselubungi pelbagai cabaran dan halangan yang tak sepatutnya berlaku. Kita sebagai pengguna hanya boleh berharap yang program sebegini boleh mencetus perubahan dalam industri ini dan membawa kesedaran di kalangan banyak lagi pihak-pihak lain.

sumber: inforakyat.net