Site icon Sinar Nasional

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Tepat pukul 10 malam, 15 Januari pada Sabtu ini, PLUS telah membuat persiapan terbaik untuk memastikan pengguna lebuh raya utara-selatan dapat menggunakan lorong RFID tanpa sebarang masalah dan mempercepatkan transaksi pembayaran tol.

PLUS juga membuat ‘k3jutan’ apabila kini mereka sedang menguji kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit di plaza tol terpilih, kenyataan tersebut dikongsikan melalui laman web rasmi mereka.

Sumber Gambar: Laman Web PLUS

Sememangnya berita ini sangat ‘melegakan hati’ pengguna lebuh raya yang sudah lama tertunggu-tunggu penggunaan alternatif kaedah pembayaran tersebut. Orang ramai juga tidak perlu lagi ‘p4nik’ untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka yang kekurangan baki.

Kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit ini akan diperluaskan dari masa ke masa setelah ujian rintis initamat. Sekaligus dapat mempercepatkan lagi pelaksanaan ‘lebuh raya bebas keses4kkan’ di negara ini.

Untuk makluman semua, PLUS pernah mencuba untuk mewujudkan kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit ini, namun ditent4ng keras oleh CIMB sehingga menjadi kes m4hkamah pada 2018 lalu. Bagaimanapun, kes tersebut diselesaikan di luar mahk4mah pada tahun seterusnya.

sumber: thevocket

Exit mobile version