May 21, 2022

“Saya Dah Kaya Tujuh Keturunan, Tak Perlu Jual Kontroversi”

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk menaja program realiti terkenal, Gegar Vaganza, musim hadapan.

Bagaimanapun perkara itu mencetuskan perang antara usahawan itu dengan bekas majikannya, Datuk Seri Vida yang kurang senang dengan kenyataan Iqbal mengenai penajaan Gegar Vaganza itu seolah mempertikaikan bagaimana caranya menjalankan perniagaan.

Sementara itu, Iqbal sudah pun menjelaskan komen yang ditulisnya di laman sosial mengenai GV tiada kaitan dengan Vida.

Tidak hanya berdiam diri, menerusi satu sesi Live di Instagram, Vida mendedahkan pernah menanggung hidup Iqbal selama dua tahun ketika jejaka itu masih belajar.

“Kau jentik periuk nasi yang dulunya itulah duit yang menjadikan darah kau mengalir. Aku bagi duit masa kau masih belajar. Dua tahun, seminggu sekali datang jumpa aku,” katanya.

Kata Vida lagi, dia gagal menghubungi Iqbal untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu, malahan nombor dan media sosialnya sudah disekat oleh bekas pembantu peribadinya itu.

“Saya hanya mahu cakap secara berdepan tapi dia sudah menyekat saya di Whatsapp, Instagram, semua platform. Saya sudah kaya tujuh keturunan. Tidak perlu jual kontroversi,” katanya.

Terdahulu, Vida turut menyelar Iqbal serta menyifatkan pemuda itu lupa daratan kerana sebelum ini dia yang banyak membentuk Iqbal untuk berhadapan di kaca televisyen.