May 17, 2022

Selepas Geng Civic FC Dicari Polis, Kelab Kereta Lain Mula Padam Gambar ‘Gathering’ Di Temiang

Sejak tular rakaman video kelab kereta Honda Civic FC tular di media sosial, nama Lebuh Raya Temiang-Pantai menjadi bualan netizen sehingga hari ini. Lebih-lebih lagi apabila pihak polis mahu memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta tersebut untuk memberi keterangan.

Terbaharu, laman Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia memuat naik gambar-gambar menunjukkan ada beberapa kelab kereta jenama lain turut berhenti dan berkumpul di tepi jalan Lebuh Raya Temiang-Pantai untuk bergambar.

Hantaran tersebut telah menyebabkan orang ramai berkongsi pelbagai krltikan dan kec4man terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan yang sama seperti ahli kelab Civic FC yang tular baru-baru ini.

Menurut Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia, ada juga beberapa kelab kereta sudah mula memadam hantaran gambar semasa mereka berkumpul di Lebuh Raya TemiangPantaiitu bagi mengelakkan ahli kumpulan mereka ‘dikenakan tindakan’ di kemudian hari.

Sumber Gambar: Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

Sumber Gambar: Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

Sumber Gambar: Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

Tambah netizen lagi, mereka meminta agar pihak berkuasa tempatan dapat memberikan penyelesaian tuntas kepada isu ini memandangkan kawasan Lebuh Raya Temiang-Pantai mula menjadi tumpuan dan dibanjiri orang ramai yang mahu berhenti mengambil gambar kecantikan panorama di kawasan tersebut.

sumber: thevocket