May 24, 2022

Teknologi Pengesan Pemandu M4buk Siap Terbina Dalam Kenderaan Akan Diperkenalkan Menjelang 2026

Insiden kem4langan melibatkan pemandu m4buk telah menjadi satu trend di seluruh dunia. Lebih m4lang sekali apabila melibatkan dari segi isu kem4tian, ia telah banyak melibatkan orang di luar kenderaan seperti pengguna jalan raya lain berbanding pemandu m4buk itu sendiri.

Pelbagai cadangan solusi telah diutarakan dan dilaksanakan, namun ia seperti tiada tanda nokhtah untuk menamatkan isu terbabit dan kes kem4langan melibat pemandu m4buk semakin meningkat.

Pada November 2021 lalu, Presiden US, Joe Biden telah menandatangani undang-undang persekutuan yang memerlukan kereta baharu dilengkapi dengan teknologi mengesan pemandu m4buk pada masa akan datang, sekaligus boleh menyel4matkan beribu-ribu ny4wa setiap tahun dan berpotensi untuk berkembang ke luar negara.

Memetik laporan Action News Today, kenderaan yang dibuat pada 2026 dan tahun seterusnya akan kelihatan sedikit berbeza daripada sekarang. Semua kenderaan bakal dilengkapi dengan teknologi baharu yang boleh mengesan seseorang memandu dalam keadaan m4buk.

Sebagai sebahagian daripada Sistem Pengesanan Alk0hol Pemandu untuk Kesel4matan (DADSS), para penyelidik telah membangunkan sensor penafasan untuk menguji hembusan nafas si pemandu.

Pada masa sama, pemandu boleh menekan butang menghidupkan kereta untuk mengukur paras alkohol dalam d4rah di bawah permukaan kulit dengan memancarkan cahaya infra merah melalui hujung jari pemandu tersebut.

Fungsi ‘anti-penlpuan’ dibina ke dalam sistem yang boleh mengh4lang kereta daripada dihidupkan atau mengh4langnya daripada bergerak sekiranya pemandu melebihi had kandungan alkohol 0.08%di dalam darah.

Andaikata teknologi ini menjadi realiti, sedikit sebanyak ia dapat membantu untuk mengurangkan jumlah pemandu m4buk di atas jalan raya, sekaligus mengurangkan kes kemal4ngan melibatkan pemandu seperti itu pada masa akan datang.

sumber: thevocket