May 17, 2022

Tiada data buktikan kanak-kanak perlukan vaksin Covid-19, kata pakar

Tiada data buktikan kanak-kanak perlukan vaksin Covid-19, kata pakar.Tidak ada bukti jelas buat masa ini yang menunjukkan ada keperluan vaksin Covid-19 diberikan kepada golongan kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Memetik laporan yang di siarkan dalam  Mingguan Malaysia, pakar virologi Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar berkata, buat masa tidak nampak sebarang data primari kukuh yang meyakinkan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melalui kajian dilakukan sendiri di negara ini bagi mewajarkan keputusan pemberian vaksin kepada kumpulan usia 5 hingga 11 tahun.

Beliau berkata, bukti-bukti data negara luar sahaja mungkin tidak boleh dijadikan sandaran untuk mengguna pakai kaedah sama di negara ini kerana sistem imun manusia tidak sama setiap orang.

Dalam satu laporan juga beliau  berkata  adalah lebih baik KKM buat masa ini memberikan opsyen kepada ibu bapa sama ada mahu mengambil vaksin atau tidak tanpa p4ksaan.

“Saya tidak nampak lagi di mana-mana yang menunjukkan data bahwa ada keperluan itu buat masa ini. Tidak nampak bukti yang KKM tunjukkan bahawa ada keperluan mendesak untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah diberikan vaksin.

Tiada data buktikan kanak-kanak perlukan vaksin Covid-19, kata pakar

“Bagi saya vaksin Covid-19 kanak-kanak, KKM kena tunjukkan bukti lebih kukuh mengapa kanak-kanak ini perlukan. kalau tak ada (data dan bukti) berikan opsyen supaya ibu bapa boleh membuat pilihan,” katanya di sini semalam.

Dalam satu laporan pada Khamis lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan suntikan vaksin untuk kanak-kanak berusia lima sehingga 11 tahun bermula bulan depan iaitu sejurus selepas ketibaan vaksin Pfizer (kanak-kanak) 31 Januari ini dan bersetuju memberi kelulusan bersyarat kepada Vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) untuk golongan berkenaan.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan  berkata, pengambilan vaksin untuk kanak-kanak tersebut tidak diwajibkan buat masa ini.

Dalam pada itu, Sazaly berkata, pelaksanaan pengambilan vaksin untuk kanak-kanak secara pilihan perlu dibuat sebagaimana pengambilan vaksin sedia ada seperti penyakit cacar air, influenza dan Meningococcal Meningitis (MM) yang diambil mengikut opsyen.

Sebagai contoh, katanya, setiap kanak-kanak pasti terkena jangkitan cacar air, namun kerajaan memberikan opsyen sama ada mahu mengambil vaksin tersebut atau sebaliknya.

Begitu juga vaksin MM hanya bagi mereka yang mahu mengerjakan haji atau umrah selain vaksin flu dikenakan kepada mereka yang mahu melancong ke Amerika Syarikat.

Justeru, beliau khuatir sekiranya pemberian vaksin Covid-19 secara wajib itu boleh menjadi titik permulaan untuk turut mewajibkan vaksin-vaksin jenis lain walaupun ia tidak perlu.

“Saya pelik kalau tunjukkan data kanak-kanak yang m4ti sebab Covid-19, tetapi tidak disebut sebab-sebab lain sebagai punca kem4tian itu. Mungkin sebab kanak-kanak apabila dijangkiti badan dia rasa tak selesa dan dia tidak mahu makan dan minum seterusnya terdedah kepada penyakit lain dan kem4tian mungkin boleh disebabkan oleh faktor lain dan tidak semestinya Covid-19.

“Ia ada faktor menyumbang kepada kem4tian dan bukannya sebab Covid-19 itu semata-mata. Begitu juga apabila seseorang itu m4ti lepas vaksin, tidak pula kata sebab vaksin dan beritahu ia berpunca daripada penyakit komorbiditi lain,” katanya.

Dalam pada itu, Sazaly bimbang, kekerapan membuat p4ksaan mengambil vaksin boleh menyebabkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan terhakis.

Katanya, penggunaan data dari negara luar di peringkat antarabangsa sebagai alasan rakyat negara ini juga memerlukan tindakan sama amat tidak wajar kerana sistem bi0logi orang Asia dengan orang luar tidak sama.

“Sebab itu kalau kita nak buat organ transplan, kita tidak boleh ambil organ rakyat Jepun sebagai contoh untuk letak kepada rakyat kita atau ambil jantung orang India bubuh kepada orang Malaysia, sebab sistem imun adalah berlainan untuk setiap orang.

“Jadi kalau nak bandingkan data dengan negara lain yang dah ambil vaksin, sedangkan kita sendiri tidak melakukan kajian, tidak bolehlah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika ada kajian seumpamanya di negara ini, ia mesti dilakukan oleh pakar-pakar bebas, bukannya dalam institusi KKM sendiri, bagi meningkatkan kepercayaan rakyat yang menunjukkan ada bukti vaksin itu diperlukan rakyat negara ini.

Katanya, Malaysia mempunyai banyak universiti dan ramai pakar berkelayakan dalam bidang imunologi yang boleh melaksanakan kajian secara bebas dan dapatan kajian tempatan ini mampu meyakinkan rakyat.

“Tunjukkan kepada rakyat bahawa ada keperluan untuk vaksin kanak-kanak melalui data-data yang dilakukan oleh pakar-pakar bebas di negara kita.

“Contohnya, adakan satu kajian yang boleh dijalankan ke atas sejumlah kanak-kanak untuk melihat apa tindak balas yang berlaku dan seterusnya pakar berkenaan boleh membuat saranan sama ada perlu atau sesuai vaksin diberikan,” katanya.

sumber: inforakyat